Wednesday, August 21, 2013

Yang Terakhir [Episode 1]

Assalamualaikum. Pertama dan mula-mula sekali ak ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. masih belum terlambat lagi kan? so, hari ni dah masuk 15 Syawal. puasa enam hari di bulan syawal ni sudah ke? kalau x, bile lagi nak start? sunat je..tapi besar pahala yang dapat. oke, stop. 

seperti tajuk tertera kat atas tu..ini merupakan entry terakhir ak kat dalam blog khas ni. haha. sepatut nya dah lama blog ni kluarkan entry penutup. tapi yalah, penyakit malas tu sungguh menebal di tambah lagi dengan aktiviti merelease kan tension tahap maksimum dan hilangkan stress yang kaw-kaw pabila berada di rumah. kurangnya aktiviti bersosial di laman sosial juga antara pemangkin utama untuk aku tidak menyiapkan entry ni. 

oke, ak pon dah xreti nak cerita sebab kebanyakkan cerita semua tu dah basi dimakan bakteria dan agen pereput dah. part-part mane yg ak ingt, ak story je la kat sini yer.

okey, ak strt citer pasal final report la yer (thesis), ak jarang menggunakan perkataan thesis, sebab ak pnye SV xsuke bile ak sebut thesis.. "taraf degree ni sebenarnya buat report, bukan thesis..dorang semua salah tafsir" tapi kat buku yg aku jilid tu tulis thesis jugak..kat muka surat tu, FKE letak borang "declaration of thesis" , die x bising plak? eh, bunyi mcm x puas hati dengan sv je..? ade la sikit, tapi ak dah bermaaf dan bermaafan dgn beliau pada hari terakhir pertemuan kami. hehe. *tp kat dalam ni ak bnyak pakai thesis, baru nmpak grand sikit. hehe

Salah satu benda yang ak dapat, time menyiapkan projek ni adalah menyiapkan thesis adalah lagi sukar dari menyiapkan projek, simulation, hardware dan sebagainya. sape-sape yg dah lalui, tahulah mcm mne seksa nk siapkan bnde ni. bontot tu dah jadi flat! mata tu dah jadi macam beruang panda. yelah, bnde ni nk kene buat sendiri, mana boleh copy paste..yang menjadi lagi rumit, sebab kene type dalam computer. ni satu hal lagi, kat dalam resume, tulis excellent dalam penggunaan microsoft words. tapi time nk ejas margin, spacing, numbering, bla bla bla..tp dalam proses penyiapan thesis, kantoi! haha. 

juga antara part yang paling best dalam siapkan benda ni adalah anda terpaksa korban kan tidur malam. haha. ak pernah la jugak 3 kali xtidur mlam. 24jam depan laptop. agak-agakla, 24 jam tu tolak waktu makan, solat, online sesekali utk hilangkan rasa nk "muntah" tu. akibatnya, mata beruang panda la jadinya. haha. yang kes 3 kali tak tidur malam tu, sebab kerja smpai last minit. ala-ala pahlawan gitu, "sampai titisan terakhir". esoknye nk kene submit draft..so, pulun habis-habisan la jawabnye. nasib baik la draft thesis ketiga dah diterima, bayangkan kalau draft tu terjadi smpai ke 10, ke 20, mmg akan wujud sekor zombie pertama kat utm tu. 

teringat plak kat kata-kata Duan time kami sama-sama berada di PSZ utk siapkan thesis tu, "hang tau dak, sebab thesis la ak jadi trauma nak sambung master" smpai begitu sekali penangan thesis ye yob? haha. tapi walauapepon, bende ni xkan jadi sukar jika ade satu time frame yg betul. macm kawan perempuan aku yang lain, ade je yang siap awal. tapi siap awal bukan bererti mereka tidak menderita. hehe. cumanya xde lah smpai mnjadikan bnde ni beban, cuma enjoy..kate org puteh, keep calam and follow the schedule. oit, tp jgn la plak ingt ak ni malas sgt..cumanya time ak tu, department aku lambat sikit adakan presentation, then terus final exam. style ak ni, xleh fokus bnyak-bnyak bende dalam satu masa. so, terpaksa la cover situ sini dalam masa yang terhad.......ahh, alasan je tu, kalau ikut jadual, semua akan beres!!.. terpulanglah..masing-masing punyai kemampuan yang berbeza.  *ak pernah jugak ter..ter okay, terekeluar air mata syahdu..sebab kene marah dek sv.. oke stop!


gmbar kat atas tu merupakan thesis ak yang dah disiap dengan jayanya...nmpak x? xde la tebal sangat kan? tpi aku punye komen, keluhan bla bla... mcm dh buat thesis utk master. macm die je sorang yang buat thesis, org len x! haha... ade 4 copy, dua utk utm, satu utk sv dan satu lagi untuk ak pnye penaja. dpt jugk la sikit untung kat situ, cos jilid, print dalam seratus lebih, claim dgn penaja dapat rm tiga ratus. hehehe.. sedikit penambahan pasal thesis, bertapa jelesnye aku bile tengok org lain duk posy gmbar thesis mereka yg dah siap kat FB. ak masih lagi duk kat kedai dlm proses jilid. lagi syok bile org post gmbar thesis, tapi aku tengah buat, tengah type kat dalam komputer ni ha.. hehe (tapi tu budak bagus, berapa kerat sgt yg siap awal. hehe)

oke kejap..jap..*smbil click kat preview. mak aih, dah panjang rupenye entry ak kali ni. xpe..dengan ini, ak akan type episode 1 kat bhagian tajuk tu. hehe. xlarat ler.  lagipon, klau cerita panjang-panjang pon bosan jugak. bagi hadam dlu bnde-bnde yg ak mengarut tadi kat benak pemikiran. he he he.



Thursday, June 13, 2013

Last payyyper !

" Please stop writing...."
maka tamat sudah peperiksaan akhir semester ini..horrayyy!!! sempat juga lah bergambar sebgai kenangan..

Hehe..sempat lagi ak snap satu dua pic b4 start exam. siap instagram plak tu.


Yang berkopiah putih tu, Dr. Muhridza. lecturer untuk section 02. Aku pnye lectrer xde plak lam gambar ni.
 Nampak x muka budak2 tu ceria semua? haha..betul atau salah, dah x kire..yg penting semua dah lepas. lagipon, kebanyakkan course work utk subjek IVAT ni, semua tinggi-tinggi belaka...so, utk final, kene score sikit je lagi..hehe..


xboleh horray sangat..thesis dan report belum siap la derr...

Thursday, June 6, 2013

Final Report & Final Exam

Merujuk kepada tajuk diatas, makan entry aku kali ini semestinya akan berkisarkan tentang final report dan final exam. hehe. before tu, post gambar sket...foto 1 (mood menulis report katakan), menunujukkan  gambar classmate ak untuk subjek Power System Control. subjek ni subjek elektif, so..mmg x ramai la. gambar tersebut, diambil sempena class terakhir untuk sem nie. kalau x silap aku, gmabr tersebut bertarikh 23 May. Kredit kepada Kecik utk gambar ni. 
Foto 1: sebahagian daripada budak class aku.
Stop pasal class terakhir. setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan simulation untuk final year project aku..Alhamdulillah, pada 30 May lepas aku telah membentangkan hasil kerja aku kepada para panel. nasib aku sedikit baik, apabila panel yg agak killer untuk department power x dpt dtg disebabkan urusan kerja lain. Fuhhh...lega yang amat! keseluruhan, semua berjalan dengan lancar..ade beberapa soalan yang aku dah dapat rasa untuk ditanya..dan ade jugak beberapa soalan aku goreng secukup rasa. 


Kanan: gambar aku time selesai presentation FYP1 dan kiri selepas selesai presentation FYP2.

Oke, tamat bahagian presentation. next step ialah penyempurnaan report. part yang agak leceh dan sangat berat untuk dilakukan. bukan ape. sedikit malas menyelubungi diri. yela, 30hb present...5 hb pula first paper utk final exam aku. so, mmg aku fokus lebih kat paper pagi td la. utk paper pagi tadi..oke la. soalan kurang tricky. cuma soalan satu dah hilang hampir 15 markah kat situ..hhehe...tibe2 blank. xtahu  cmne nk selesaikan soalan berkaitan fuel cost..5minit terakhir baru idea dtg..mmg x sempat la. harap2, tiga soalan yang lain dapat score...next paper 10hb dan 12hb. then, horrayy!!! eh..jap. belom bleh horray sepenuhnya..thesis/final report belum buat lagi. ermmm...

*btw, hari ni aku tukar template blog aku. hehe.bosan dgn design lame. cuma apply yg sediada je..simple.

Tuesday, May 28, 2013

Tiga minggu je lagi?

oke jam sekarang tepat pukul 12.00 tengah malam. eh, dah masuk 12. 01 minit malam. oke, luangkan sedikit masa 30minit utk blog yg agak lame kesunyian. tepat jam 12.30 minit aku akan stop, x kire la  sempat hbis tulis atau x. nampak, punctual x aku kat situ?? hehehe.

Rugi, xsempat nk update beberapa cerita best yag agak berliku sepanjang dua, tiga minggu kebelakangn ni. sebab utama? PSM dan Test..yg berderet2. hari ni aku gagahkan jua, dan sanggup mmbazirkan 30 minit yg beharga demi blog ak yg mungkin akan bernilai 5-10 akan dtg. (bernilai utk aku la..) Plus minus, ade org duk tnye blog aku..kenape x terupdate..minat sangat nk bace cerita aku agaknye. so, coret la sikit..sebagai buah tangan untuk die yg selalu nk singgah ke sini. wakakwakwa!

oke, mula-mula nk cerita pasal test. Alhamdulillah, 2nd test untuk semua subjek dah pon ak lalui. jadual untuk 2nd test pon boleh tahan pdat, semua nk berderet2 je..so, sebagai seorang perintis engineer masa akan datg..kerje last minit mmg x boleh dielakkan lagi. haha..bile test berderet2 gini berlaku, mksudnye kene buat OT la untuk study semua subjek tuu..haha..untuk test power control, soalan dalam latihan sgt lah mudah. example dalam notes sgt lah mudah. tapi time keluar test, teramatlah sulit. x susah pon. sulit je. terpaksa ambik masa yg lame untuk aku selesaikan...even lectrer dah bg extra time sebnyak 20 minit pon ak x dpt settlekn lagi. lembap mcm siput! then, IVAT. sape2 yg study past year exam mmg merupakan org yg paling bahagia pada saat dan ketika itu. soalan SEBIJIK-SEJIBIK!!!! haha. Soalan die menjadi tersangat susah jika x pernah jawab soalan final...tetapi menjadi sangt senang "as easy as ABC" malahan lebih senang dari tu jika sape2 yg duk buat latihan final. jadi teori dimana soalan:

1) didalam class : 1+1 = ?
2) assignment : 2x+5x = ?
3) test/exam : 25^3+67/54-18x+89+#$%^ = ?

berdasarkan fakta diatas, mohon, student jagan terpedaya dengan soalan2 dalam notes, dan assignment yg diberi...oke stop pasal test. cerita plak pasal PSM. ade lagi 15 minit. hehe

oke, pasal psm plak. seminggu lepas, penyiksaan mental yang teraamat sangat. sampaikan aku dah mula terfikir untuk menyusun jadual untuk sem depan. spt yg dinyatakan...sepatutnya, ni sem terakhir aku di utm. tp kalau aku duk susun lagi jadual sem depan tu bermakna?? faham2 la...ak mlas nk mention perkataan tersebut. takot aihhh!!

tapi semangat adiwira dalam diri aku ni ade la secubit lagi..menyebabkan aku gagahkan diri untuk terus mencuba. last2,,,dapat jugak la hasil..event simulation aku tu x dapat desired output. ak beranikan jugak berjumpa dgn SV aku...denga menceritakan beberapa masalah..dan muka sedih, dan juga ayat2 sedih manis aku...Supervisor,  yg dulu ak sgt takot dan beraggapan die tu seorang yg berhati batu, akhirnya mmberikan beberpa kata semngat. puhhhh...what a relief! boleh cek kat FB aku...siap quote lagi!

akhirnye berkat doa, dan usaha aku selama ini...mybe juga doa dari emak aku..sebab ceita kat mak yg PSM ni susah, dua tiga hari lepas aku dapt la desired output. even, terlalu bnyak harmonic and distortion kat aku pnye waveform..tp ptg td aku dah jmpe SV aku..die cakap dah oke, and acceptable. fuuuhhhhhhhh! lega seribu kali lega....tapi kene sindir di SV xsah nk cerita la..then, kene buat calculation untuk validate the result. mampusss...hari tu ak main try and error je...!! dipermudahkn lagi urusan..thanks god, lepas berjumpa dgn SV..ak tergerak untuk ke PSZ. then...kat situ la terjumpa dua buah buku yg amat sesuai untuk aku buat rujukan. haaisshhhhh!!! kenapa hari ni baru aku terjumpa buku tu???!!. fikir +ve, tu semua ketentuan tuhan...serius!ehh..ade lima minit lagi...cepat2..

sorry, mybe ayat..isi kandungan untuk entry kali ni agak berterabur. xtersusun. oke. gua xleh lame. btw, presentation aku pada hari rabu(29) ni ditangguhkan..kepada hari khamis(30hb). horray!! moga dipermudahkan segala urusan. ameenn!!


oke, to my sister. blog gua dah terupdate. boleh bace puas2, haha!

Sunday, April 28, 2013

minggu yang teramat bz, dugaan, berisiko!

tinggal beberapa hari je lagi sebelum negara kita, mengadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).  PRU-13 ini merupakan pengalaman pertama aku menjadi salah seorang pemilih dan undi saya adalah rahsia. he he he. walaupun baru je sebentar tadi satu SMS masuk ke dalam inbox handset aku, "sila balik mengundi dan undilah calon tuuuuttt untuk dun Manir N22". Seraya aku pon menjawab, "bereh booohh..nk balik kene la ejas bus..."" walaupun aku tahu msg tersebut pasti tidak akan dibalas.

kebetulan pula time tu aku tengah berada dalam satu meeting dan taklimat tentang bus untuk balik ke Terengganu sempena mengundi. bile cakap pasal bus, ak rase kalau kat dalam malaysia ni negeri yang paling payah untuk dapat bus adalah negeri-negeri di sebelah pantai timur, terutama negeri Terengganu dan Kelantan. ni berdasarkan pengalaman aku 3 tahun di Kolumpo, dan hampir 3 tahun pula di Johor. setiap kali musim perayaan, terpaksa berebut-rebut cari tiket. pernah satu kali tu, tiket belum dikeluarkan lagi utk dijual, tp aku dah ke kaunter bus bertanyekan pasal tiket.semangat x aku? pernah juga yayasan negeri terengganu sediakan bus kepada pelajar-pelajar yang berada di perantauan dengan menyediakan "bus free". bile free tu, almaklum sajalah..time kat KL dlu, pernah dapat sekali dan time kat JB pula pernah juga merasa sekali. untuk tahun-tahun berikutnya, dah x perlu kisah lagi untuk tiket balik raya. sebab kalendar akademik dah beranjak dan hari raya akan jatuh pada cuti semester.

suasana pilihan raya terdapat jugak sedikit sebanyak terdapat persamaan dengan hari raya sebenarnye. yela, dah name pon RAYA. kan? kalau hari raya, duk sibuk perang mercun, tapi pilihan raya sibuk duk perang poster dan bendera, trend zaman skarang, buat replica plak. ade yag duk buat jet, kapal selam, kereta kebal, cincin rosmah, bag tangan rosmah, ape-ape lagi lah. kalau hari raya duk membazirkan duit bakar bunga api, mercun, tapi pilihan raya membazirkan duit duk print poster, cop bendera. sedangkan, kalau nk di ikutkan jumlah bendera terbanyak sedikit pon tidak mempengaruhi keputusan pilihan raya apatah lagi fahaman politik masing-masing. nampak x persamaan di situ? so, ape salah nye kalau jumlah perkhidmatan bus pon ditambah pada hari-hari tersebut. susah bro nk dpat tiket balik. duit bukan masalah. tapi kuantiti tiket itu sendiri yang terhad. kalau difikir dari level aku seorang pelajar, kenapa lah Abang Jib pilih tarikh yang x sesuai (sebab kami student, so tarikh tu mmg sangat x sesuai bagi kami). Ape salah nye kalau buat time cuti pertengahan semester lepas? tapi die buat tu, mesti ada alasan yang tersendiri kan? ade la sebab-sebab die. bile sebut pasal tarikh ni plak. teringat la plak aku pasal troll yg aku pernah terbaca kat FB. jap aku cari. hehe..


untuk minggu ni sahaja, gerak kerja psm aku agak slow sikit. sebab? bagi laluan kepada subjek lain. yela, dalam sem ni, bukan PSM je aku buat. subjek-subjek lain pon aku ambik jugak..so kene la pandai-pandai bahagikan masa untuk study dan buat kerja-kerja psm. tambah-tambah lagi, naik je dari cuti pilihan raya, berderet-deret test sedang menunggu. so? kene la cover dari awal-awal. klo x...hhmm pham2 jela. dan yang menjadikan minggu ku super duper bz adalah kerana gua terpaksa handle pasal "bus free" untuk balik mngundi kali ni. weeeeehooo! dan ini merupakan inisiatif dari pelajar-pelajar untuk memohon kepada yayasan supaya menyediakan bus setertusnya memberikan peluang kepada kami yang masih lagi tidak mempunyai tiket, pulang mengundi. dua buah bus kesemuanya. oke, jumlah keseluruhan 80 org.

ibaratkan pisang goreng panas. berdesuppp je mereka2 mengisi nama. termasuk la yag tidak layak mengudi. tapi bile ade lagi mereka yg layak mngundi, tetapi tidak mendapat tempat. so terpaksa la gua memohon yag telah mengisi nama tetapi tidak layak mngundi tarik diri. dah bertambah keje. xpasal-pasal ! tapi xpe lah, dah menjadi tanggung jawab kan. ( lagi-lagi, 3 minggu berturut-turut khutbah jumaat di masjid utm berkhutbah mengenai leadership) macam2 ragam dalam satu minggu ni. ade yg nak, pastu x confirm, ade yg bagi name..pastu tarik diri. haissshh, dugaan2. btw, tadi baru je aku buat perjumpaan dengan pelajar2 yg telah memberikan senarai nama. siap sediakan makanan plak tu. tapi 40+ je yg dtg. haish...yang x dtg tu terpaksa la briefing by msg. haisshh...satu kerja lagi!

perkara paling menguji dan paling berat sekali berkaitan dengan bus ni apabila tuuuuuuuuuutttttttt.... alamak, rase mcm xleh cerita la. bahaya. kang dikatakan memburuk-burukkan pihak tertentu. tapi, kalau x cerita, xbest la entry aku kali ni. ibarat makan nasi tanpa kuah. haishh..xpe la, xberani aku nk memulakan semua ni. ape yang penting time ni, berdoa la semoga semuanye berjalan dengan lancar. dan semua yang pulan tu, sampai kerumah dengan selamat dan kembali semula ke utm dengan selamat. insyaAllah.

waktu sekarang menunjukkan 2.35 pagi, dan aku masih lagi x tido. ermmm..xpe la demi update blog. sebab rasenye dah lame x terupdate. sebab tu la follower aku x ramai2. nasib lah, aku xde muka untuk dijual. so no point, untuk mereka-mereka singgah ke sini kalau ye pon entry ak ni x best. (dah la entry x best, badan plak x taff!! ) apedaaa aku mengarut pagi-pagi buta gini. penangan 100+ kot sebelum balik tadi?  ha ha.

esok nk tengok team kipas udang main. semoga jadi champion lagi utk piala dekan kali ni!


Wednesday, April 3, 2013

Minggu Ke-8 yang sangat nervous!

Hari ni, 3 April 2013. merupakan minggu ke-8 untuk semseter terakhir. minggu di mana ak terpaksa submit segala progress aku selama 4 mingu sebelum ini kepada SV aku. yang menjadi masalah, progress terlalu la sikit kerada stuck di bahagian simulation. hadoii..ape nk jadi. td dah ambik initiative lain, dengan menghantar email kepada lecturer power electronic aku semester lepas. mintak tolong kat die. mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan, ameen.

8 hingga 14 April (minggu ke-9), cuti mid sem bermula. menandakan kehidupan di semseter akhir ini masih lagi berbaki, 1 bualan, 3 minggu. (nervous nye...mase semakin suntuk, dan PSM aku masih lagi tak kemana.). Kemungkinan besar, jika mendapat feedback yang baik dari lectrer power electronic tu tadi, aku mungkin menghabiskan masa cuti ku selama seminggu di Kolej je. Harap2 dalam tempoh tersebut, progress PSM aku ber jalan dengan lancar. tapi kalau xmendapat feedback yg baik pon, aku mungkin balik lewat jugak. sebab tiket pon x cari lagi. almaklum sajalah, tiket utk ke pantai timur bukannya boleh beli on the spot. lagi lagi kalau musim cuti begini, seminggu paling awal dah kene beli. so..sama saja.

Btw, hari ni aku xde class (kelas satu jam hari ni cancel ). so, harap-harap di pemudahkan segala urusan, dan diberi kekuatan untuk menjayakan PSM aku...asalkan hari ni ade progress..so, boleh la update dalam buku log. esok atau lusa, boleh jmpe dengan SV tanpa segan silu. hehehe!!

SAYA MAHU LULUS & CEMERLANG DALAM SEMUA SUBJEK SEM INI. SEBAB BULAN 10 NANTI SAYA MAHU DATANG KE UTM,  HANYA UNTUK MAJLIS GRADUASI SAHAJA !!


sensgasara ber PSM sampaikan aku dah berkali-kali mimpikan pasal bnde ni. 

Sunday, March 24, 2013

Keep in Touch yaa!

Fullamakatak!!! bizi-bizi-bizi! bahang kebizi-an sudah mula terasa. adoiii..sorry peeps, xsempat update kebelakangan ni. ni post yang kedua untuk bulan nie yg dah nk habis bulan. nekad pada awal-awalnye nk terus aktif dalam blog edisi khas ni, tapi x teraktif jugak. So, sementara menunggu isya' ni..ak gagahkan jari jemariaku menari-nari di atas keyboard ini, menzahirkan ape yang sedang bermain di benak pemikiran ku.

Objektif utama entry kali ni? dah tentu nk keep in touch dengan follower aku yg hanya ada dua org tu. wakaka! gurau je beb. okey cite pasal bz, PSM aku mcm siput je die punya progress! tiap-tiap minggu kene jumpa SV. tapi xtau nk update pasal ape. esok isnin. dah masuk minggu ke 7. Hallamak...minggu ke9 dah strt cuti mid sem! konfirm xbalik la aku gini. lusa, yaitu..26,27 dan 28..test berderet2..utk subjek Power controll, IVAT dan Power Analysis. Respectively. 

Study pon sikit2 je. Cmne nk score nih?? hari ni dan semalm attend kursus Matlab. sangat menarik. belajar banyak bende. tapi ade jugak bnde yg aku dah belajar..tapi ingat-ingat lupe. Tapi kursus tersebut x mencapai matlamat aku. sebab silibus die x masuk sampai ke SIMULINK. hadoiii..(SIMULINK tu aku guna untuk simulation FYP aku). tapi xpela. menggunakan konsep "life long learning". seronok sangat smpai dua hari ngadap komputer rase begitu pantas berlalu! maybe obsesi aku terhadap perkara2 berkaitan komputer ni terlalu tinggi..sehinggakan, wanita dan komputer, aku lebih sanggup memilih komputer.(untuk saat dan ketika ini la, lepas ni yg maha esa je yg tahu) ececece...

okey. kedengaran azan telah berkumandang. tandanya ak terpaksa stop dlu. sebab lepas ni nk g mkan. dah mmg time makan, mesti  lepas isya'. hehe. lepas makan sambung study sikit. rajin x? wakaka. ok, sebenarnye dah dua hari aku x sentuh RO2. (hanya org terdekat je tahu ape itu RO2). satu perkembangan yg bagus! next time, lepas test, kalau ade mase terluang..aku akan upadate sikit cerita pasal minggu lepas. haha, basi pon basi laa....cerita pasal picnic bersame budak2 class kat pantai Batu Layar. (yang pasti gatal kat kaki aku ni x hilang lagi!!!)

oit. azan dah hbis. stop la dlu. jmpe lagi di masa dan waktu yg same. ayyyooo...mengarut lagi. dah2 stop!!
k-bai

X.O.X.O...PUBLISHHHH!!!!...(publish aku tu, smpai tersembur air liur)